Alhamdulillah**HARI NI REALITI, ESOK BELUM PASTI…SEMALAM BIAR IA BERLALU PERGI…**-http://mayaidaa.fotopages.com
<

Salam MaulidulRasul ..

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..Alhamdullilah..Janganlah hanya pada majlis-majlis tertentu sahaja kena berselawat..Amalkanlah sentiasa…rahmat disebaliknya amat lah besar..

Alhamdulillah, genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami..Cepat benar masa berlalu…Rasanya seperti masih lagi diambang bulan madu..Masih lagi belajar mengenai ‘sidia’..Masih lagi belum cekap aku rasanya masak makanan kegemaran-nya…Masih lagi dengan sikapku yang ‘monsun’ semacam..Masih lagi cuba untuk menjadi ‘seseorang’. Walaupun ber’dua’, aku,kami rasa tidak pernah jemu….Walaupun begitu kami redha kiranya hadir yang ke’3’ atau ke’4’ selepas ini.. Itu memang doa kami selepas solat berjemaah bersama..Kami redha kerana perangcangan-NYA lebih baik dari apa yang kami rancang selama ini…

Alhamdulillah, tiada ungkapan lain yang aku boleh ucapkan melainkan syukurku kepada-NYA. Walaupun hebat cabaran yang aku hadapi, aku yakin ada rahmat disebaliknya..Walaupun kadang-kala aku tewas, tapi aku perlu akur dengan takdir yang telah tertulis pada diriku…Hanya air mata peneman tak kala aku rasa begitu ‘sendiri’..Namun ‘dia’ tak pernah jemu untuk menenangkan aku..Tak pernah putus memberikan semangat dan nasihat kepada suri hatinya…

Alhamdulillah, ‘dia’ amat bermakna dalam hidupku..Bukan itu sahaja, bondaku terutamanya amat menyanyangi  ‘dia’.. Ye laa kan ibu mana tak sayang pada anak…Semua orang akan merasakan yang sama…

 

Alhamdulillah,aku berharap ‘cahaya’ akan terus bersinar diantara kami..Moga ia terus bersinar selamanya…

Ya ALLAH..hanya pada-MU aku memohon agar kami sentiasa berada dibawah lindungan,rahmat-MU…Tunjukilah kami jalan yang benar dan jalan yang ENGKAU redhai….

‘SALAM ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE-2’

 

“Mixed Blessing,by Danielle Stell;Believe in Happy Ending…-it’s only story,but it make me STRONG and believe there WILL ..

 

 

March 8th, 2009 at 3:22 pm


3 Responses to “Salam MaulidulRasul”
  1. 1
      studyvisitmemory says:

    alhamdulillah….jap jer dah 2 tahun…macam baru jer jmpe..
    jangan lpe doakan kita ,keluarga & sahabat….

    take care & miss u

  2. 2
      waniriana says:

    Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat Aida & Husband…
    Semoga kebahagiaan terus mekar hingga ke akhir hayat…
    I know you are strong… Chaiyok2!!!

  3. 3
      studyvisitmemory says:

    Thank kiu :)